Close

Xiaomi Mi 10 Pro Menggunakan Kamera 108MP Berbentuk Bulat Dan Paparan Penuh 90Hz

Beberapa minggu ini kita sudah banyak mendengar maklumat yang tertiris mengenai peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro. Malah, Xiaomi sendiri sebelum ini telah mengumumkan bahawa siri Mi 10 bakal dijana dengan cip pemproses Snapdargon 865.






Kini terdapat gambar poster yang tertiris menunjukkan bahawa Xiaomi Mi 10 Pro mempunyai rekaan kamera berbentuk bulat seperti Huawei Mate 30 Pro dan mempunyai tarikh pelancarannya pada 23 Februari 2020. Paparan skrin yang digunakan juga penuh tanpa sebarang takuk. Menandakan Mi 10 Pro mungkin akan menggunakan kamera swafoto jenis pop-naik.

Mengikut maklumat tertiris sebelum ini, Xiaomi Mi 10 Pro akan dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.5-inci bersama paparan 90Hz, dwi-rangkaian 5G, memori sehingga 12GB RAM dan 256GB storan, empat kamera 108MP + 48MP + 12MP + 8MP, pengecasan pantas berwayar 66W dan pengecasan tanpa wayar 44W.

ARTIKEL BERKAITAN