Close

Acara khas MWC 2020 dibatalkan kerana wabak coronavirus

Acara tahunan MWC (Mobile World Congress) yang diadakan di Bercelona, Sepanyol telahpun dibatalkan untuk tahun ini (2020) selepas ia diumumkan secara rasmi oleh penganjur MWC sendiri iaitu GSM Association (GSMA).

MWC sepatutnya diadakan pada 24 sehingga 27 Februari dengan pertunjukkan pelbagai teknologi baharu yang ada pada peranti pintar dari pelbagai jenama terkemuka dunia. Namun ia tidak akan berlaku untuk tahun ini disebabkan oleh wabak coronavirus (COVID-2019) yang ditahap membimbangkan.

Setakat ini jumlah jangkitan meningkat lebih 44,000 dan mencatatkan lebih 1,000 jumlah kematian di China. LG antara syarikat yang telah menarik diri dari acara ini pada bulan lepas. Dan antara syarikat yang turut menarik diri adalah ZTE, Ericsson, Nvidia, Intel, Vivo, Sony, Amazon, dan pelbagai lagi yang turut serta menarik diri dari MWC.

ARTIKEL BERKAITAN