Android 11 adalah sistem operasi baharu dari Google untuk semua peranti Android dan nampaknya agak awal Google melepaskan Android versi baharu dari kebiasaan untuk pembangun. Android 11 Developer Preview ini juga hanya boleh digunakan oleh peranti Google Pixel 2, Pixel 3, Pixel 3a dan Pixel 4 sahaja buat masa ini.
Jika dilihat dari perkongsian beberapa pembangun terhadap Android 11 pada peringkat awal ini, tiada banyak perubahan yang ketara dari segi UI (User Interface) jika dibandingkan dengan Android 10 kerana ia lebih memfokuskan pada integrasi 5G, optimumkan penggunaan skrin yang boleh dilipat, beberapa ciri baharu, sekuriti dan privasi.
Ketahui lebih lanjut di sini.