Close

Aplikasi yang memudahkan untuk muat turun video dari Instagram, YouTube dan Twitter di iPhone

Pasti ada diantara anda semua sedang mencari-cari aplikasi yang sesuai untuk muat turun sebarang video yang ada di media sosial seperti Twitter, Instagram dan YouTube. Oleh itu, anda boleh muat turun aplikasi BlackHole Cut di App Store dengan percuma.

Cara untuk muat turun yang sangat mudah :

  • Copy link video
  • Buka aplikasi BlackHole
  • Tekan sahaja bulatan besar
  • Dan automatik akan muat turun
  • Terus simpan di Photos
Namun aplikasi ini terhad untuk muat turun melalui Instagram, Twitter dan YouTube sahaja. Malah terdapat juga beberapa video yang tidak boleh di muat turun, hanya resolusi 360p dan seperti biasa aplikasi percuma sebegini banyak iklan yang akan keluar. Jika anda ingin muat turun video di Facebook, cara mudah yang anda boleh lakukan :
  • Buka video tersebut
  • Rakam guna ‘Screen Recorder’
  • Simpan dan potong bahagian yang tidak perlu
  • Boleh lakukan proses suntingan ini di Photos
Cara ini agak rumit sedikit, namun masih boleh menyimpan video dari Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN