Akibat wabak coronavirus 2019-nCoV yang sedang menular di China yang juga mengakibatkan 200 kematian dan hampir 10,000 jangkitan di negara-negara lain, Apple dalam satu kenyataan telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan menutup semua pejabat dan kedai jualan fizikal mereka di China.
Namun tidak pasti sama ada kilang pengeluaran yang menghasilkan barangan Apple seperti iPhone dan beberapa produk lain iaitu Foxconn juga akan di tutup atau masih beroperasi seperti biasa di China.
Setakat ini laporan ada menyebut bahawa Nintendo yang dihasilkan di kilang Foxconn telah memberi kesan terhadap pengeluaran permainan konsol syarikat itu akibat dari wabak coronavirus yang sedang melanda.
(Sumber)