Close

Apple mungkin akan melancarkan iPhone 9 dan AirPods Pro Lite pada penghujung Mac ini

Sebelum ini terdapat ura-ura yang kuat mengenai iPhone 9 (iPhone SE 2) yang bakal dilancarkan pada sekitar bulan Mac ini. Mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti iPhone 8 iaitu skrin LCD 4.7-inci, Touch ID dan satu kamera, tapi dengan cip pemproses A13 Bionic terbaharu.

Kini terdapat laporan yang menyebut bahawa Apple mungkin akan mengadakan acara khas pada penghujung bulan Mac ini (mungkin 31 Mac) yang akan memperlihatkan beberapa peranti baharu seperti iPad Pro 2020, AirTags, iPhone 9, MacBook baharu dan beberapa produk lain.

Manakala untuk iOS 13.4 pada 1 April dan iPhone 9 akan mula dibuka untuk jualan bermula 3 April dengan jangkaan tawaran harga bermula $399 (~RM1,656) untuk varian 64GB. Terdapat juga ura-ura bahawa Apple akan memperkenalkan AirPods Pro Lite (AirPods Pro versi murah) pada acara khas nanti. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Sumber / Status : Ura-ura)

ARTIKEL BERKAITAN