Close

Arab Saudi menghalang kemasukan jemaah umrah ke Mekah dan Madinah

Akibat wabak coronavirus COVID-19 yang ditahap membimbangkan, kerajaan Arab Saudi telah menghalang kemasukan jemaah umrah di Mekah dan lawatan ke Masjid Nabawi, Madinah untuk sementara waktu. 

Kerajaan Arab Saudi juga turut menggantung kemasukan pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman COVID-19. Setakat ini wabak ini telah membunuh 2,770 orang dan lebih 80,000 jangkitan di seluruh dunia.

Langkah ini tidak lain tidak bukan untuk mengelakkan penularan buat jemaah umrah yang datang ke Mekah dan Madinah. Apa pun sama-sama kita doakan agar rawatan segera ditemukan.

ARTIKEL BERKAITAN