Close

Billie Eilish menyanyikan lagu tema filem James Bond ‘No Time To Die’ terbaharu

Billie Eilish, penyanyi baharu yang berusia 18 tahun telahpun mengeluarkan lagu terbaharu beliau yang bertajuk ‘No Time To Die’ sempena lagu tema filem James Bond 007 terbaharu yang bakal ditayangkan pada bulan April tahun ini.

Ini adalah satu pencapaian terbaharu beliau selepas diberi mandat untuk menyanyikan lagu Yesterday dari The Beatles pada anugerah perfileman Oscar 2020 baru-baru ini. Dalam usia yang muda, pelbagai pencapaian yang beliau dapat.

Malah pada anugerah Grammy juga Billie turut memenangi 6 anugerah sebagai penyanyi terbaru terbaik, album terbaik, lagu terbaik, rakaman terbaik, vokal pop album terbaik dan persembahan pop solo terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN