Close

Biskut ‘Oreo Supreme’ dengan harga RM33 sebiji

Supreme adalah antara jenama pakaian yang cukup terkenal di seluruh dunia dengan harga yang tinggi dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Malah, apabila terdapat mana-mana jenama yang berkolaborasi dengan Supreme, harga juga turut naik dari kebiasaan kerana penjenamaan Supreme itu sendiri.

Supreme x @Oreo

Coming Soon. pic.twitter.com/I6vlUpOBq5

— The Supreme Saint (@TheSupremeSaint) February 17, 2020

Kini Supreme telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama jenama biskut terkenal iaitu Oreo untuk mengeluarkan biskut Oreo berwarna merah dengan penjenamaan Supreme. Terdapat beberapa media melaporkan bahawa biskut ini akan dijual dengan harga $8 (~RM33) untuk sebiji sahaja, bukan sebungkus.

Jika benar, ia bukan perkara yang mengejutkan jika ia menggunakan jenama Supreme. Hatta, jika anda pengumpul dan peminat barangan Supreme pasti anda tahu tentang harga jualan semula oleh pihak ketiga yang akan menjualnya dengan harga lebih tinggi kerana ia adalah jenama Supreme.

Persoalannya, jika biskut ini mula dijual, adakah anda akan makan atau menyimpannya? Kerana makanan akan sampai tarikh luput. Dengan harga RM33 sebiji, pasti ia akan menjadi salah satu biskut pilihan pada individu yang kaya dan artis bertaraf antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN