Close

Facebook dan Sony menarik diri dari Game Developers Conference (GDC)

Facebook dan Sony telah mengumumkan bahawa mereka menarik diri dari menyertai acara khas permainan terbesar dunia, Game Developers Conference (GDC) 2020 yang diadakan di San Fransisco, AS dan dijadualkan pada 16 hingga 20 Mac ini.

Pembatalan kehadiran Facebook (Oculus) adalah kerana risiko terhadap kesihatan pekerja, komuniti GDC dan pembangun yang disebabkan oleh wabak COVID-19 coronvirus yang sedang menular menerusi satu kenyataan oleh Facebook.

Pihak Sony juga turut membatalkan kehadiran mereka oleh sebab yang sama. Walaubagaimanapun, acara khas GDC tetap berlangsung seperti biasa dengan langkah berjaga-jaga dan mengambil berat terhadap kesihatan dan keselamatan komuniti GDC secara serius.

Mengikut statistk terkini, wabak corona virus telah mencatatkan lebih 75,000 jangkitan dan menyebabkan lebih 2,000 kematian secara global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN