Close

Fon sebenar Samsung Galaxy Z Flip tertiris – Peranti skrin boleh lipat kedua dari Samsung!

Setelah Galaxy Fold yang dilancarkan semula pada tahun 2019 selepas beberapa isu yang terdapat pada skrin, Samsung dilaporkan bakal melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat kedua mereka yang mempunyai lipatan vertikal. Berbeza dari Galaxy Fold biasa.

Samsung Galaxy Z Flip – First Hands On Video pic.twitter.com/4b8Uzt5kRB

— Ben Geskin (@BenGeskin) February 2, 2020

Menerusi perkongsian dari Twitter Ben Geskin, beliau telah menunjukkan rekaan sebenar Samsung Galaxy Z Flip iaitu peranti dengan skrin boleh dilipat terbaru dari Samsung yang dilaporkan akan dilancarkan bersama siri Galaxy S20 pada 12 Februari ini.

Dari segi paparan skrin, ia menggunakan takuk jenis berlubang seperti Galaxy Note 10 dan mempunyai lipatan seperti Motorola Razr 2019. Bahagian luar terdapat skrin kecil yang menujukkan notifikasi terletak betul-betul sebelah dwi-kamera utama.

ARTIKEL BERKAITAN