Pada tahun lepas kita dapat lihat Google Pixel 4 yang tertiris sebelum tarikh ia dilancarkan, malah ada yang mula menjualnya di Malaysia sendiri. Ini kerana sebahagian pengeluaran Pixel 4 dan 4 XL adalah dari Vietnam.
Kini terdapat laporan bahawa Google akan memindahkan semua pengeluaran Pixel 4a dan Pixel 5 sepenuhnya di Vietnam disebalik China kerana wabak coronavirus (Covid-19) yang sedang melanda China ketika ini.
Google dijangka akan memulakan pengeluaran Pixel 4a pada bulan April ini memandangkan terdapat ura-ura yang menyebut bahawa ia akan diperkenalkan pada acara khas Google I/O pada bulan Mei ini. Manakala pengeluaran Pixel 5 dijangka sekitar bulan Oktober ini.
(Sumber)