Close

HTC ‘tidak mati’ dan akan melancarkan peranti 5G pada tahun ini

HTC U12 Plus

HTC bukan jenama yang asing lagi dalam arena peranti pintar dan salah satu pengeluar peranti Android terbesar di dunia satu masa dahulu. Namun namanya semakin merudum dalam beberapa tahun ini, lebih-lebih lagi di Malaysia sendiri. Walaubagaimanapun, HTC sebenarnya masih wujud dan mengeluarkan peranti pintar.

CEO HTC sendiri, Yves Maitre telah menyatakan bahawa HTC merancang untuk mengeluarkan peranti dengan rangkaian 5G. Menurut beliau, tahun 2020 banyak peluang pembangunan di Taiwan, terutamanya rangkaian 5G.

Syarikat itu akan melabur terhadap 2 perkara iaitu pada rangkaian 5G pada peranti pintar dan aplikasi penglihatan maya. HTC juga dijangka akan bekerjasama dengan Qualcomm. Buat masa ini maklumat tentang peranti ini masih menjadi tanda tanya. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN