Close

Huawei Mate Xs kini rasmi – Masih tiada perkhidmatan Google dengan harga sekitar RM11,440

Baru-baru ini Huawei telah melancarkan peranti dengan skrin boleh dilipat kedua mereka iaitu Huawei Mate Xs yang dijana dengan cip pemproses Kirin 990 5G, penaiktarafan pada fungsi lipatan dan sistem penyejukan. Manakala ciri lain dilihat masih sama seperti Mate X.

Paparan skrin yang digunakan pada Mate Xs mempunyai 2 lapisan yang ditambah dengan ketahanan pada panel OLED yang boleh dilipat dan masih mengekalkan saiz 8-inci dengan resolusi 2480 x 2200 piksel. Jika ia ditutup, skrin mempunyai saiz 6.6-inci.

Peranti ini juga dibekalkan dengan bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 55W yang tersedia dalam kotak jualan.

Bahagian kamera pula, ia hadir dengan tri-kamera utama 40MP f/1.8 + 8MP f/2.4 (telefoto dan OIS) + 16MP f/2.2 (Ultra sudut lebar). Namun tiada kamera swafoto pada peranti ini. Anda boleh gunakan kamera utama sebagai kamera swafoto dengan melipat peranti ini.

Mate Xs juga dilengkapi dengan EMUI 10 (Android 10) yang juga tiada perkhidmatan Google tersedia dalam peranti ini. Huawei menawarkan Mate Xs dengan harga €2,499 (RM11,440) untuk 8GB RAM + 512GB storan dan akan mula dijual secara global bermula bulan hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN