Close

Jackie Chan menawarkan ganjaran lebih RM580,000 untuk penawar coronavirus 2019-nCoV

Bintang filem terkenal, Jackie Chan baru-baru ini menerusi laman Weibo beliau telah muat naik satu perkongsian bahawa beliau akan memberi ganjaran 1 juta yuan (~RM587,709) jika ada mana-mana pihak atau individu yang berjaya cipta penawar wabak coronavirus 2019-nCoV yang sedang melanda sekarang.

Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk melawan virus ini, dan saya percaya ramai orang ada pemikiran yang sama seperti saya dan harap penawar ini dapat dihasilkan secepat yang mungkin. Menurut Jackie Chan dalam kenyataan beliau di Weibo

Setakat ini wabak 2019-nCoV telah mencatatkan 563 kematian di China, 1 kematian di Filipina dan jumlah keseluruhan kes jangkitan 27,636 secara global. Wabak ini sememangnya bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Harap dengan pendekatan yang diambil oleh Jackie Chan ini sedikit sebanyak boleh memberi dorongan kepada mana-mana pihak untuk berusaha dengan lebih keras untuk mencipta penawar bagi virus ini.

ARTIKEL BERKAITAN