Kemudiannya BlackBerry diambil alih oleh TCL Communication pada Disember 2016 dengan hak untuk mencipta telefon pintar dan menjualnya dibawah jenama BlackBerry yang telah mengeluarkan beberapa model termasuk KEYone, Motion, KEY2 dan pelbagai lagi.
Kini BlacBerry menerusi Twitter rasmi mereka telah mengumumkan bahawa TCL tidak lagi menggunakan jenama BlackBerry untuk mencipta dan menjual telefon pintar dibawah jenama Blackberry bermula 31 Ogos tahun ini.
Ini juga mungkin adalah pengakhiran buat jenama telefon pintar BlackBerry yang dahulunya digemari oleh kebanyakan pengguna, kini hanya tinggal sejarah sahaja.