Close

Kereta kawalan jauh Hot Wheels ‘Tesla Cybertruck’ dengan harga RM1,676

Tesla Cybertruck nampaknya menjadi satu fenomena yang agak luar biasa dengan rekaan yang lain daripada kebiasaan di jalan raya dan menggunakan kuasa elektrik. Sebelum ini Caviar ada mengeluarkan iPhone yang diinspirasikan dari Tesla Cybertruck. Kini Tesla Cybertruck jadi kereta kawalan jauh pula.

Terbaru, Mattel Creations telah mengumumkan kereta kawalan jauh dan kereta elektrik mainan Hot Wheels yang menggunakan rekaan Tesla Cybertruck. Kereta ini juga sudah tersedia untuk pra-tempahan dengan 2 varian, iaitu versi kawalan jauh dengan harga $400 (~RM1,676) dan versi kereta elektrik mainan (kecil) dengan harga $20 (~RM83).

Hot Wheels Tesla Cybertruck yang lebih kecil sama seperti saiz yang digunakan oleh kebiasan kereta mainan Hot Wheels, tapi mempunyai fungsi 2 pemanduan kelajuan. Manakala jenis kawalan jauh lebih besar dan sesuai dimainkan di kawasan lasak, mempunyai lampu, dan 2 mod pemanduan (chill dan sport, seperti Cybertruck yang betul).

Ciptaan kedua-dua versi kereta mainan juga turut dibantu oleh pihak Tesla sendiri. Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Mattel Creations.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN