Close

Kuku pun boleh tinggalkan kesan pada skrin Samsung Galaxy Z Flip – Kaca atau plastik?

Semasa perkenalan Samsung Galaxy Z Flip baru-baru ini, Samsung ada menyatakan bahawa paparan skrin yang digunakan terdapat satu lagi lapisan kaca yang ‘ultra nipis’ pada permukaan skrin yang sepatutnya memberi ketahanan yang lebih baik. Samsung juga memberi kategori skrin ini adalah jenis kaca. Tapi ia sebaliknya…

Menerusi video yang dikongsikan oleh JerryRigEverything, beliau telah mendedahkan bahawa permukaan skrin yang digunakan seakan plastik kerana sangat mudah untuk meninggalkan kesan apabila terkena pada objek, lebih-lebih lagi kuku.

Anda boleh lihat sendiri menerusi video, skrin Galaxy Z Flip hanya bertahan sehingga tahap 2 sahaja yang kebiasaannya skrin kaca bertahan sehingga tahap 6 dan 7. Beliau berpendapat bahawa Samsung mungkin menggunakan skrin jenis plastik hybrid polymer (gabungan plastik dan kaca).

(Sumber : JerryRigEverything)

ARTIKEL BERKAITAN