Close

LG V60 ThinQ 5G hadir dengan dwi-skrin, bateri 5000mAh dan Snapdragon 865

LG telah memperkenalkan satu peranti mercu terbaharu mereka iaitu LG V60 ThinQ yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan modem Qualcomm X55 untuk sokongan rangkaian 5G.

V60 ThinQ mempunyai skrin OLED bersaiz 6.8-inci FHD+ yang mempunyai takuk. Menariknya, peranti ini juga turut menyokong penambahan aksesori untuk dijadikan dwi-skrin yang boleh dilipat secara horizontal yang juga menggunakan skrin OLED bersaiz 6.8-inci FHD+ utama dan skrin 2.1-inci untuk notifikasi.

Pada bahagian lain, V60 ThinQ mempunyai memori sehingga 8GB, storan 128GB, slot mikroSD, kalis air dan habuk IP68, pembesar suara stereo, dilengkapi 4 mikrofon untuk rakaman video dan suara yang jelas, bateri 5000mAh besama Quick Charge 4+ dan pengecasan tanpa wayar.

Panel skrin yang digunakan juga mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5 dan pengimbas cap jari. Untuk kamera, ia hadir dengan tetapan tri-kamera 64MP utama bersama OIS, 13MP sudut ultra lebar dan ToF (Time of Flight) yang juga berupaya untuk 10x kali digital zum dan rakaman video 8K.

Buat masa ini harga jualan masih belum didedahkan. V60 ThinQ ditawarkan dengan 2 pilihan warna Classy Blue dan Classy White. Manakala aksesori penambahan skrin ditawarkan dengan warna Hitam dan Putih.

ARTIKEL BERKAITAN