Close

Modem Qualcomm X60 menjanjikan kepantasan 5G yang lebih baik

Qualcomm telahpun melancarkan modem X60 5G terbaharu mereka bagi menggantikan X55 5G yang diperkenalkan pada Februari tahun lalu. X60 mempunyai saiz sekecil 5nm jika dibandingkan dengan X55 yang bersaiz 7nm.

Hatta, Qualcomm juga mengatakan ia adalah modem 5G pertama dengan sistem RF yang berupaya menggunakan sambungan sub-6GHz dan mmWave secara serentak.


X60 juga mempunyai keupayaan muat turun dengan kelajuan sehingga 7.5GB per saat dan keupayaan muat naik sehingga 3GB per saat. Dengan saiz 5nm, ia juga memberi sedikit ruang pada komponen yang ada dalam peranti pintar dan kecekapan kuasa yang lebih tinggi.

Selain itu, modem ini juga turut dilengkapi dengan ‘Voice over NR’ (VoNR) yang berupaya untuk membuat panggilan menggunakan rangkaian 5G disebalik menukar ke rangkaian 4G atau 3G. Terdapat laporan bahawa Apple akan menggunakan modem X55 pada iPhone 5G pada tahun ini. Boleh jadi modem ini akan digunakan oleh Apple buat iPhone 2021 nanti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN