Close

OPPO Find X2 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac ini – Paparan 120Hz dan Pengecasan 65W

OPPO baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan melancarkan OPPO Find X2 pada 6 Mac ini secara global dan Malaysia pada 10 Mac ini yang akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, paparan segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 65W.

Dalam masa yang sama, satu video promosi OPPO Find X2 juga telah diperlihatkan di YouTube yang menunjukkan paparan peranti itu akan menyokong HDR10. CEO OPPO, Brian Shen juga turut menyatakan bahawa Find X2 akan mempunyai kecerahan paparan sehingga 1,200nits dalam mod HDR.

ARTIKEL BERKAITAN