Close

Oppo Find X2 akan dilancarkan pada 22 Februari ini

Generasi Oppo Find seterusnya kini akan diperkenalkan iaitu Oppo Find X2 yang akan menjadi pengganti kepada Oppo Find X. Oppo telah menunjukkan poster pelancaran mereka yang diadakan pada 22 Februari ini bertempat di Barcelona.
Oppo Find X2 dijangka akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkain 5G, skrin OLED bersaiz 6.5-inci yang melengkung bersama paparan segar semula 120Hz.

Manakala pada bahagian lain pula, ia mungkin akan hadir dengan sensor kamera 48MP Sony IMX689 terbaru dan beberapa kamera lain lagi. Setakat ini tiada maklumat penuh untuk spesifikasi Oppo Find X2. Apa pun kita nantikan masa pelancarannya nanti.

ARTIKEL BERKAITAN