Close

Pembeli Siri Samsung Galaxy S20 terawal akan mendapat TV Pintar 4K bernilai RM2,599!

Samsung baru sahaja mengumumkan penjualan Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra 5G secara jerayawara (roadshow) untuk beberapa negeri terpilih seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Sabah.

Menariknya dalam jerayawara ini, Samsung menawarkan hadiah ekslusif pad pengecasan tanpa wayar dan memori kad 128GB yang bernilai RM378. Manakala pembeli terawal akan mendapat TV Pintar Samsung bersaiz 50-inci 4K UHD bernilai RM2,599.

Selain itu, Samsung juga turut menawarkan untuk anda trade-ini apa-apa jenis kamera lama anda untuk mendapatkan pemotongan harga sebanyak RM400 untuk siri Samsung Galaxy S20. Berikut adalah lokasi jerayawara yang akan bermula pada 6 hingga 8 Mac ini :

  • Mid Valley, KL
  • Queensbay Mall, Penang
  • Mid Valey Southkey, JB
  • East Coast Mall, Kuantan
  • IMAGO Shopping Mall, KK

Malah hadiah TV Samsung Pintar dan pemotongan harga RM400 juga terhad dari 30 hingga 220 unit mengikut lokasi. Siapa cepat dia dapat! Berikut harga jualan :
  • Galaxy S20 RM3,599
  • Galaxy S20+ RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra 5G RM4,999

ARTIKEL BERKAITAN