Close

Poco X2 kini rasmi – Paparan 120Hz dengan harga sekitar RM925

Poco hari ini telah melancarkan peranti kedua mereka iaitu Poco X2 yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 730G, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB, bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 27W.

Menariknya dengan peranti ini, ia dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 6.67-inci FHD+ bersama skrin segar semula 120Hz, menyokong HDR 10 dan mempunyai lubang dwi-kamera swafoto 20MP + 2MP dibahagian atas kanan.

Pada bahagian belakang, ia mempunyai empat kamera utama 64MP Sony IMX686 + 8MP sudut ultra-lebar + 2MP makro dan 2MP bokeh. Juga turut dilengkapi dengan rakaman gerak perlahan 960fps, menyokong imej RAW dan fungsi VLOG.

Poco X2 ditawarkan dengan pilihan warna Biru, Ungu dan Merah. Akan mula dibuka untuk jualan bermula 11 Februari ini dengan harga :

  • 6GB + 64GB = INR15,999 (~RM925)
  • 8GB + 256GB = INR19,999 (~RM1,155)

ARTIKEL BERKAITAN