realme juga turut mendedahkan bahawa siri kali ini akan hadir dengan paparan segar semula 90Hz FHD+, empat kamera 64MP bersama fungsi 20x kali hybrid zum dan pengecasan pantas 30W. Jika lihat dari spesifikasi ini, ia sememangnya satu tawaran yang menarik buat fon kelas pertengahan!
Pada bahagian hadapan, realme 6 dan 6 Pro kedua-duanya dilihat menggunakan paparan jenis takuk yang berlubang seakan siri Samsung Galaxy S10.
Siri realme 6 akan dilancarkan pada 5 Mac ini dan hero Bollywood terkenal, Salman Khan adalah duta untuk siri realme 6 kali ini. Untuk pasaran Malaysia masih belum dapat maklumat lagi. Apa pun, sama-sama kita nantikan.