Close

realme C3 hadir dengan bateri 5000mAh, tri-kamera 12MP dan MediaTek Helio G70

realme hari ini telahpun melancarkan peranti terbaru iaitu realme C3 yang memfokuskan pada peranti kelas permulaan yang dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio G70, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB. Berikut adalah spesifikasi penuh :

  • Skrin 6.5-inci IPS LCD
  • Resolusi 720×1560 piksel
  • Panel skrin Gorilla Glass 3
  • Bateri 5000mAh
  • Pengecasan 10W
  • Pengimbas cap jari di belakang
  • Panel belakang jenis plastik
  • Swafoto 5MP
  • Tri-kamera : 12MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (depth)
  • Warna : Frozen Blue, Blazing Red
  • Android 10 (realme UI 1.0)
  • Dwi-SIM
  • Slot mikroSD sehingga 256GB
realme C3 ditawarkan dengan harga bermula THB 3,999 (~RM533) untuk model 3GB + 32GB. Apa pun kita nantikan pelancarannya di Malaysia dijangka akan ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.

ARTIKEL BERKAITAN