Close

realme X50 Pro 5G – Harga bermula dengan RM2,720

Hari ini realme telah melancarkan satu lagi peranti mercu mereka iaitu realme X50 Pro yang hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkain 5G, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan sehingga 256GB bersama UFS 3.0.

Peranti ini juga dilengkapi dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.44-inci FHD+ bersama paparan 90Hz, ketahanan jenis Gorilla Glass 5 dan pengimbas cap jari dibawah skrin yang dikatakan sepantas 0.27 saat sahaja.

Menariknya, X50 Pro mempunyai bateri sebesar 4200mAh bersama pengecasan SuperDart Charge 65W menjadikan peranti ini mempunyai pengecasan antara yang terpantas buat masa ini yang berada di pasaran. Pengecasan 65W ini mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam masa 35 minit sahaja.


Pada bahagian kamera, ia dilengkapi dengan empat kamera 64MP (utama) + 16MP + 8MP (sudut ultra lebar) + 12MP (telefoto). Manakala kamera swafoto mempunya dwi-kamera 32MP + 8MP (sudut ultra lebar) pada bahagian lubang takuk seperti Samsung Galaxy S10+.

Selain itu, X5 Pro juga mempunyai pembesar suara stereo, sokongan NFC, sistem penyejukan untuk prestasi permainan yang mantap dan realme UI (Android 10).

realme X50 Pro juga ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Merah dan Hijau dengan jualan harga €599 (RM2,720) untuk 8GB + 128GB, €669 (RM3,038) untuk 8GB + 256GB dan €749 (RM3,401) untuk 12GB + 256GB jika mengikut tukaran wang asing semasa.

Buat masa ini tidak pasti sama ada peranti ini akan hadir buat pasaran Malaysia atau tidak. Jika hadir sekalipun, ia pastinya akan dijual dengan harga yang sangat berpatutan jika melihat dari sejarah penjualan peranti dari realme. Apa pendapat anda?

ARTIKEL BERKAITAN