Close

realme X50 Pro akan hadir dengan Snapdragon 865, rangkaian 5G dan pengecasan 65W – Flagship killer 2020?

Setelah sambutan yang baik terhadap realme X2 Pro yang dikeluarkan pada tahun lepas, kini realme memperlihatkan gambaran peranti mercu (flagship) terbaharu mereka iaitu X50 Pro yang bakal hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan rangkaian 5G bersama dwi-mod.
X50 Pro juga akan dilengkapi dengan pengecasan 65W SuperDart Charge, skrin Super AMOLED bersama paparan segar semula 90Hz, dwi-kamera swafoto dan 4 kamera utama yang menjadikannya 6 kamera keseluruhan bersama fungsi 20x kali zum.
Dalam beberapa hari ini realme turut akan mendedahkan beberapa perkara lagi tentang X50 Pro ini. realme juga telah menjadualkan pelancarannya pada 24 Februari ini.
Adakah realme X50 Pro akan menjadi peranti mercu pembunuh (flagship killer) untuk tahun 2020? Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN