Sebelum ini Redmi telah melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu
Redmi K30 yang juga mempunyai versi rangkaian 5G yang memfokuskan pada peranti kelas pertengahan. Kini Redmi bakal memperkenalkan Redmi K30 versi Pro pula.
Baru-baru ini Naib Presiden Xiaomi Global dan Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing telah membuka satu undian di laman Weibo beliau untuk memilih jenis kamera swafoto yang mereka mahukan. Menariknya, ramai yang memilih
kamera swafoto jenis pop-naik.
Dalam pada itu, terdapat ura-ura yang mendedahkan bahawa Redmi K30 Pro akan menggunakan kamera swafoto seperti Redmi K20 Pro, iaitu jenis pop-naik yang dilaporkan akan dilengkapi dengan
Snapdragon 865, rangkaian 5G, paparan penuh OLED, memori
8GB RAM LPDDR5, bateri sebesar
4700mAh bersama pengecasan pantas 33W dan empat-kamera 64MP.
(
Sumber / Status : Ura-ura)