Samsung Galaxy Fold 2 akan menggunakan teknologi 'kamera dibawah paparan skrin' - FUZZ.MY

Monday, February 17, 2020

Samsung Galaxy Fold 2 akan menggunakan teknologi 'kamera dibawah paparan skrin'


Samsung Galaxy Fold adalah antara peranti dengan skrin yang boleh dilipat yang terawal memasuki pasaran tempatan dengan harga lebih RM8,000 yang mempunyai keunikan pada skrin yang boleh dijadikan sebagai tablet jika dibuka atau fon biasa jika ditutup.

Kini menurut sumber yang didapati oleh Ice Universe, beliau menyatakan bahawa Samsung akan menggunakan teknologi kamera dibawah paparan skrin dengan menggunakan kod nama 'Champ'.



Teknologi yang digunakan mungkin seperti yang pernah ditunjukkan oleh Oppo dan Xiaomi sebelum ini. Dimana tiada sebarang takuk kamera pada permukaan skrin, tapi masih mempunyai fungsi kamera swafoto yang diletakkan dibawah skrin.


Tambahnya lagi, peranti ini juga dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai tahun ini. Jika benar, maka ia akan menjadi teknologi yang akan diraikan oleh pengguna kerana tiada lagi takuk pada skrin. Namun masih terlalu awal untuk menilai sama ada ia bagus atau tidak. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Status : ura-ura)