Close

Samsung Galaxy Z Flip kini rasmi – Harga sekitar RM5,699

Satu lagi peranti terbaru yang turut diperkenalkan pada acara khas yang diadakan oleh Samsung selain siri Galaxy S20, ia adalah Galaxy Z Flip. Peranti dengan skrin yang boleh dilipat kedua dari Samsung selepas Galaxy Fold.

Menariknya dengan peranti ini, ia mempunyai kebolehan lipat seperti Motorola Razr 2019 yang menjadikan saiznya lebih kecil untuk diletakkan di dalam poket. Galaxy Z Flip juga adalah peranti paling kompak jika dibandingkan dengan siri Galaxy S20 yang mempunyai skrin yang besar.
Spesifikasi
  • Skrin penuh 6.7-inci
  • Foldable Dynamic AMOLED
  • Resolusi 1080 x 2636 piksel
  • Skrin kecil (luar) 1.1-inci
  • Super AMOLED, Gorilla Glass 6
  • Resolusi 112 x 300 piksel
  • Snapdragon 855+
  • Bateri 3300mAh
  • Pengecasan pantas 15W
  • 8GB RAM
  • 256GB storan
  • UFS 3.0
  • Pembesar suara Stereo
  • Dwi-kamera : 12MP (Wide) + 12MP (Ultrawide)
  • Swafoto 10MP
  • Android 10 (OneUI 2.0)
  • Warna : Mirror Black, Mirror Purple, Mirror Gold
Setakat ini Samsung Malaysia tidak mendedahkan lagi harga jualan rasminya di Malaysia. Namun jika mengikut tukaran wang asing semasa, Galaxy Z Flip akan dijual dengan harga $1,380 iaitu sekitar RM5,699. Apa pun sama-sama kita nantikan penjualannya di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN