Close

Semua yang anda patut tahu tentang politik Malaysia sekarang ini

Umum sedia maklum bahawa keadaan politik atau kerajaan di Malaysia pada waktu ini amat mengelirukan dan menjadi tanda tanya pada semua rakyat Malaysia. Tidak kurang juga ada pihak yang membuat spekulasi tentang apa yang bakal berlaku. Ini antara senario yang sedang berlaku.

Makan malam bersama pembangkang

Pada Ahad 23 Feb yang lalu, satu majlis makan malam telah diadakan di Hotel Sheraton yang dihadiri oleh beberapa pemimpin PKR yang bersepakat bersama Azmin Ali, pihak PAS, UMNO dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pemimpin dari parti yang turut hadir termasuk Presiden UMNO Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin. Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak menghadiri majlis ini. Malah Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga tidak hadir dan mengadakan majlis keagamaan.

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kerajaan akan membentuk satu kerajaan baharu dengan gabungan kerajaan sedia ada bersama pihak pembangkang sekarang.

Tun Mahathir letak jawatan

Pada Isnin 24 Feb, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memuat naik satu kenyataan bahawa beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Tun.

Kenyataan Media : Peletakan Jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pic.twitter.com/9ygPEF7U59

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 24, 2020

Mengikut laporan dari Malaysiakini, tindakan Tun adalah kerana “Dia begitu fed-up dengan pencaturan pemimpin partinya sendiri. Dia tidak bersetuju dengan langkah itu dari mula lagi, “

Anwar Ibrahim pecat Azmin dan Zuraida

Dalam masa yang sama, Presiden PKR Anwar Ibrahim telah mengumumkan untuk memecat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin serta merta.

Ini kerana pertemuan antara Azmin Ali bersama UMNO dan PAS dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sheraton. Kerana tindakan itu, ia dianggap sebagai satu pengkhianatan terbuka.

YDP Agong yang baik hati

Dalam masa yang sama, dalam kesibukan para wartawan yang sedang menunggu di depan Istana untuk membuat liputan secara langsung dan melaporkan berita terkini, pihak Istana telah memberi KFC kepada wartawan yang dilihat bertungkus lumus melaksanakan tugasan mereka.

Hal ini juga terjadi pada hari seterusnya apabila YDP Agong turun padang dan memberi McDonald’s kepada wartawan sendiri dan sempat mengambil kentang goreng untuk dinikmati. Tindakan YDP Agong juga dilihat banyak pujian dari netizen yang menonton video tersebut.

Anwar puas hati

Dalam perjumpaan diantara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir pada pagi Selasa, Anwar telah menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan pendirian Tun.

Lepas jumpa Mahathir, Anwar kata ‘puas hati’ https://t.co/05bF4uKZLe pic.twitter.com/JTSWEAqhwD

— Malaysiakini (BM) (@mkini_bm) February 24, 2020

“Mahathir bincang beberapa perkara dan saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan, agenda reformasi harus diteruskan,” menurut laporan dari FMT.

YDP Agong ambil alih!

Dalam kekecohan yang berlaku, YDP Agong telah menyatakan bahawa beliau akan menjalankan tugas beliau dengan memberi kembali kuasa Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim (sementara) diatas perintah YDP Agong.

Ahli-ahli Parlimen KEADILAN pagi ini ke Istana Negara bagi menjunjung kasih mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

InshaAllah, semoga keputusan yang baik untuk semua. pic.twitter.com/wBLPbOl7A4

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 26, 2020

Hatta, beliau juga memanggil semua 222 Ahli Parlimen daripada beberapa parti politik untuk menghadap YDP Agong di Istana bermula Selasa 25 Feb untuk berjumpa dan temu bual seorang demi seorang. Semalam (25 Feb) seramai 90 orang telah dipanggil dan hari ini akan bersambung lagi.

Ini adalah senario yang sedang berlaku setakat hari ini. Nantikan apakah kata putus setelah perjumpaan antara semua ahli parlimen bersama YDP Agong.

Apa pun sama-sama kita doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan semua urusan, pemilihan pemimpin yang memfokuskan keperluan rakyat dan terhindar dari segala ketidakadilan.

(Sumber : Malaysiakini, Astro Awani dan FMT)

ARTIKEL BERKAITAN