Close

Siri Samsung Galaxy S20 ditawarkan dengan harga bermula RM3,599 sehingga RM4,999 di Malaysia

Samsung akhirnya telahpun melancarkan siri Galaxy S20 yang hadir dengan 3 pilihan model iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra 5G. Menariknya, Samsung Malaysia kini telahpun membuka pra-tempahan bermula hari ini 12 Februari pada jam 5.00 petang ini sehingga 26 Februari.

Untuk pra-tempahan ini, pelanggan yang membeli Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra 5G akan mendapat Galaxy Buds+ yang bernilai RM599 secara percuma. Berikut adalah senarai harga :

  • S20 8GB + 128GB = RM3,599
  • S20+ 8GB + 128GB = RM3,999
  • S20 Ultra 12GB + 128GB = RM4,999

Maklumat spesifikasi boleh rujuk di sini. Pra-tempahan ini juga tersedia untuk ditempah melalui Samsung eStore, Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Samsung di Lazada dan Shopee, dan pelbagai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN