Spesifikasi yang ditawarkan kali ini dilihat lebih menarik apabila Sony menawarkan skrin OLED bersaiz 6.5-inci dengan resolusi 4K HDR. Malangnya tiada sebarang paparan segar semula. Namun, Sony menggunakan teknologi Motion Blur Reduction yang dikatakan seakan paparan 90Hz.
Xperia 1 II juga dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, menyokong rangkaian 5G yang berfungsi pada sub-6GHz, memori 8GB RAM dan storan 256GB (UFS 2.1). Dari sudut lain, ia juga dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 18W (USB-PD) dan pengecasan tanpa wayar.
Menariknya, peranti ini dilengkapi dengan empat kamera 12MP f/1.7 (sudut lebar dan OIS) + 12MP f/2.4 (telefoto, 3x optikal zum dan OIS) + 12MP f/2.2 (sudut ultra-lebar) + 0.3MP ToF dan turut dilengkapi dengan lensa dari ZEISS. Manakala kamera swafoto, hadir dengan 8MP f/2.0 (sudut lebar).
Pada bahagian lain, Xperia 1 II masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, sokongan IP65/IP68 (ketahanan dari habuk dan air), hadir dengan Android 10, pengimbas cap cari dibahagian kanan, pembesar suara stereo dan ketahanan skrin Gorilla Glass 6.