Close

Tips memilih fon yang terbaik untuk anda

Fon apa yang terbaik?

Jawapannya mudah. Fon terbaik adalah fon yang dapat memenuhi keperluan harian anda dan sesuai dengan bajet.

Kamera zoom sampai ke bulan? Guna setiap hari tak?

Kalau tidak, dengan harga tinggi macam tu, tidak sesuai.

Ketahui keperluan harian, baru cari fon yang sesuai untuk digunakan. Kebiasaannya fungsi yang menjadi keperluan adalah :

1. Bateri – Untuk penggunaan harian yang optimum, boleh cari sekurang-kurangnya 4,000mAh (Android) atau iPhone Xr dan ke atas.

Fon Android entry level dan mid-range pun dah ada yang cecah bateri 5000mAh.

2. Paparan skrin – Penggunaan yang memuaskan untuk media sosial dan gaming boleh cari sekurang-kurangnya skrin bersaiz 5.5-inci dan ke atas. Namun jika memerlukan skrin yang lebih kecil, boleh gunakan skrin bersaiz 4.7-inci dan ke bawah.

3. Pengecasan – Satu benda penting yang menjimatkan masa menunggu cas penuh dan mengelakkan kerap main sambil cas. Cari sekurang-kurangnya pengecasan 18W dan ke atas untuk tahun 2020.

4. Kamera – Tidak perlu kamera yang terlampau canggih. Kena tengok, anda memang jenis fotografi atau pengguna biasa.

Kalau pengguna biasa, cukup sekadar ada potrait mode & kamera biasa. Ultra-Wide & Night Mode adalah bonus. Lain tu macam tak perlu sangat.

5. Prestasi – Benda paling penting yang perlu anda tahu. Jika mahukan prestasi baik, cari cip pemproses kelas atasan seperti Snapdragon 855, 855+ atau 865 (Android).

iPhone untuk tahun 2020 boleh dapatkan cip pemproses A11 sehingga A13 untuk prestasi yang terbaik. Snapdragon 845 dan 835 juga masih baik.

Namun jika hanya pengguna biasa yang melayari media sosial, call dan WhatsApp, cukup cip pemproses kelas pertengahan seperti Snapdragon 765, 730 dan ke bawah.

Apa pun, ia bergantung pada keperluan.

6. Bajet – Fon yang bagus semakin murah dan fon yang murah juga semakin bagus. Ketahui bajet anda untuk pembelian sesebuah fon dan keperluan anda untuk menggunakannya. Sekarang banyak pilihan fon dengan spesifikasi terbaik pada tanda harga yang sangat berpatutan.

Tak semestinya kita perlu mengikut trend teknologi sekarang sedangkan fungsi yang ada tiada keperluan harian kita dan hanya sekadar gimik.

Akhir kata, berdiri di atas muka bumi yang nyata tanpa dipengaruhi dengan perkara yang tiada keperluan untuk diri kita.

ARTIKEL BERKAITAN