Close

U Mobile GX68 menipu? ‘Unlimited’ tapi data terhad pada 50GB? Ini penjelasan U Mobile

Baru-baru ini terdapat perkongsian dari beberapa pengguna media sosial yang mendedahkan tentang kuota internet yang ditawarkan oleh U Mobile terhadap pelan internet tanpa had terbaharu mereka iaitu U Mobile GX68 yang menjanjikan data pantas tanpa had, panggilan tanpa had dan 5GB hotspot.

Menerusi perkongsian dari pengguna Facebook yang bernama Izwan Shah, beliau mendedahkan imej kuota internet yang terdapat dari pelan internet GX68 dengan jumlah data tanpa had hanya 51,200 (50GB) sahaja. Jika mengikut dari soal dan jawab (FAQ) U Mobile, sepatutnya data tidak terhad kepada 50GB. Apakah definisi tanpa had sebenarnya?

Dalam perkara ini, saya sendiri mendapatkan maklum balas dari U Mobile tentang hal ini. Menurut pihak U Mobile berhubung maklumat yang telah terdedah ini :

Anda tidak perlu risau kerana pelan GX68 kami tiada sebarang sekatan kuota dan had kelajuan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini https://t.co/UKygP3uHqs [2/2]

— U Mobile (@umobile) February 15, 2020

Maka terjawab persoalan dan kecelaruan yang dilontarkan oleh beberapa pihak. Saya tidak menyebelahi U Mobile ataupun mana-mana pihak. Kerana saya tahu ia adalah hak pengguna untuk mendapat maklumat yang tepat dan telus tanpa sebarang bentuk penipuan atau kekeliruan.

Dengan maklum balas ini sekaligus U Mobile menyangkal maklumat yang tidak tepat. Apa pun, harap U Mobile terus memberi perkhidmatan yang telus buat pengguna mereka.

ARTIKEL BERKAITAN