Close

(Video) fon sebenar iPhone 9 tertiris – Rekaan seakan iPad Pro dengan warna baharu?

Ura-ura tentang iPhone 9 sedang hangat diperkatakan sekarang. Malah terdapat laporan bahawa Apple akan mengadakan acara khas pada 31 Mac ini untuk memperkenalkan beberapa peranti terbaharu termasuk iPhone 9, iPad Pro, MacBook dan pelbagai lagi.

Dalam masa yang sama, terdapat video tertiris yang dikatakan adalah fon sebenar iPhone 9 dengan warna hijau seakan iPhone 11 dan rekaan berkotak seakan iPad Pro. Merujuk pada video, ia dilihat mempunyai skrin seakan iPhone 8 (4.7-inci), satu kamera dan masih mengekalkan Touch ID.

 
Namun jika dilihat dengan teliti, ia mengenakan iOS 12 disebalik iOS 13. Sepatutnya jika ia fon baharu, ia patut hadir dengan iOS 13. Boleh jadi video ini adalah palsu. Apa pun, kita tunggu dan lihat sama ada Apple benar-benar akan melancarkan iPhone 9 atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN