Tahun lepas, vivo buat pertama kali memperkenalkan fon konsep vivo APEX yang mempunyai teknologi menarik dengan butang sesentuh tanpa butang fizikal, pengecasan jenis magnet (bukan port) dan pengimbas cap jari pada semua bahagian skrin.
Baru-baru ini, vivo telah mengumumkan fon konsep vivo APEX 2020 yang juga dilihat akan diperkenalkan dengan teknologi baharu pada 28 Februari ini.
Peranti ini dipercayai akan hadir dengan paparan 120Hz, tiada butang sesentuh dan tiada sebarang lubang pengecasan seperti fon sedia ada di pasaran sekarang. Menerusi poster juga, ia dilihat mempunyai dwi-kamera utama dengan rekaan bulat seperti vivo NEX.
(Sumber)