Close

12 filem menarik Korea Selatan yang wajib ditonton (Serious best!)

Filem dari Korea Selatan kini dilihat semakin mendapat sambutan dikalangan peminat filem. Lebih-lebih lagi selepas lahirnya filem Parasit yang menang banyak anugerah Oscar yang berprestij. Berikut adalah antara filem Korea yang menarik dan wajib ditonton pada waktu ini :

I Saw The Devil (2010)

Filem yang mengisahkan pembunuhan dan keganasan yang dilakukan terhadap wanita. Menariknya filem ini, pembunuhan yang dilakukan sangatlah kejam, watak antagonist yang sangat memberi impak pada penonton. Namun cerita ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Padat dengan aksi, perjalanan cerita yang menarik, akan timbul perasaan ketidakpuashatian oleh penonton pada awal sehingga pertengahan filem ini dan diakhiri dengan penutup  yang sangat memuaskan. Lakonan hebat Choi Min-Sik dan Lee Byung-Hun. Wajib tonton!

The Wailing (2016)

Filem yang mengisahkan bandar kecil yang didatangi oleh orang Jepun yang penuh dengan misteri. Boleh dikatakan sebagai filem seram dan thriller, tapi tidak terlalu seram kerana filem ini akan memberi anda penuh dengan pelbagai persoalan.

Plot twist yang akan membuat anda terfikir semasa menonton filem ini mahupun selepas menontonnya. Banyak perkara yang diluar jangkaan. Jika anda ingin layan filem Korea, filem ni paling wajib tonton selepas Parasite!

Unstoppable (2018)

Mengisahkan seorang penjual makanan segar yang menghadapi masalah kewangan, mempunyai seorang isteri yang sangat cantik yang dilakonkan oleh Song Ji-Hyo. Kisahnya bermula apabila isteri beliau diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Lakonan yang sangat mantap dari Ma Dong-Seok yang pada awalnya diilihat sebagai lelaki biasa, kemudian bertukar ganas apabila insan tersayang diculik. Padat dengan aksi, ketegangan dan kepuasan.

The Gangster, The Cop, The Devil (2019)

Mengisahkan 3 individu yang berlainan iaitu Polis, Gangster dan Pembunuh bersiri yang membunuh kerana kegatih. Kisahnya bermula apabila pembunuh cuba menikam seorang ketua gangster yang dilakonkan oleh Ma Dong-Seok.

Cerita mula menarik apabila ketua gangster terpaksa bekerja dengan polis untuk mencari pembunuh yang menikam beliau. Kekejaman pembunuh sangat memberi impak pada penonton sehingga membuatkan anda berasa geram. Pengakhiran yang agak diluar jangkaan.

The Man From Nowhere (2010)

Mengisahkan seorang bekas askar khas yang sudah cuci tangan disebabkan oleh kematian isteri beliau yang dibunuh di depan mata. Setelah beberapa tahun, beliau duduk seorang dan didatangi seorang budak perempuan yang ingin ditemani kerana ibunya sering tiada di rumah.

Cerita mula menarik apabila kejadian penculikan ibunya dan budak perempuan yang dipaksa kerja menjual dadah. Lakonan mantap Won Bin sebagai seorang yang tidak takut dengan keganasan atau apa sekalipun. Misi beliau adalah ingin menyelamatkan budak perempuan itu. Penuh dengan aksi.

A Taxi Driver (2017)

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar tentang bantahan penduduk di bandar Gwangju yang berlaku sekitar tahun 1980. Mengisahkan seorang pemanduk teksi yang membawa seorang wartawan dari German untuk melaporkan isu yang terjadi di Gwangju waktu itu.

Awal cerita ini dipenuhi dengan gelak tawa, adegan bersahaja dari pelakon utamanya Kang-Ho Song. Kemudiannya cerita mula menarik apabila mereka sampai sahaja di bandar Gwangju dari Seoul. Pelbagai adegan bersahaja, gembira dan sedih yang dibawa dalam filem ini.

Membuktikan bahawa orang biasa juga mampu melakukan perubahan yang besar pada negara.

The Handmaiden (2016)

Filem yang mengisahkan rancangan untuk mengaut harta orang kaya. Seorang penyeluk saku telah ditugaskan untuk menyamar menjadi pembantu rumah dan kemudiannya pelbagai perkara yang diluar jangkaan telah berlaku.

Tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan sesuai untuk umur 18 tahun ke atas sahaja. Filem ini juga menggunakan bahasa Korea dan Jepun yang mempunyai aura sekitar tahun 1930. Lakonan mantap dari Ha Jung-Woo, Kim Min-Hee dan Kim Tae-Ri.

The Flu (2013)

Filem yang mengisahkan wabak virus yang merbahaya sehingga membunuh ribuan manusia di Korea Selatan. Mempunyai sedikit persamaan dengan situasi yang kita hadapi waktu ini terhadap COVID-19.

Seorang bomba yang bertanggungjawab yang dilakonkan oleh Jang Hyuk, budak perempuan Park Min-Ha dan seorang Doktor yang mencari penawar dilakonan Soo Ae menjadi nadi utama dalam filem ini. Pelbagai adegan lucu, emosi, tegang dan sedih yang dibawa dalam filem ini.

The Outlaws (2017)

Filem yang diinspirasikan dari kisah benar antara Polis dan kumpulan gangster yang berlaku sekitar tahun 2007. Kisahnya bermula apabila terdapat 3 orang yang dipercayai ahli kumpulan gangster dari China telah membuat kucar kacir di bandar Guro Distric, Seoul dan berlaku pembunuhan kejam.

Filem yang penuh dengan aksi, watak antagonist yang begitu kejam, lincah dan menakutkan. Tak kurang juga aksi bersahaja dan lucu dari Ma Dong-Seok sebagai peneraju utama filem ini.

Along With The Gods 1 (2017) dan 2 (2018)

Filem ini terdapat 2 filem yang telah dikeluarkan. Pertama pada tahun 2017 (The Two World) dan kedua pada 2018 (The Last 49 Days). Kedua-duanya mempunyai kesinambongan yang wajib ditonton.

Mengisahkan alam fantasi apabila sudah mati dan perlu menyelesaikan beberapa perkara untuk mati dengan aman atau masuk ke alam neraka. Pelbagai kejadian telah berlaku semasa pengembaraan mereka merentasi pelbagai alam.

Filem yang penuh dengan aksi, lucu, sedih dan emosi yang terdapat dalam filem ini. Plot twist juga yang telah membuatkan filem ini lebih menarik dan membuatkan anda berfikir, malah mempunyai adegan yang diluar jangkaan.

Pandora (2016)

Filem yang mengisahkan bencana tenaga nuklear yang telah berlaku kerosakan teknikal dan menyebabkan kesan buruk pada bandar terpencil di Korea Selatan. Seorang pekerja biasa yang dilakonkan oleh Kim Nam-Gil telah banyak membantu dalam bencana yang sedang berlaku.

Cerita mula menarik apabila beliau juga mempunyai keluarga dan tunang yang perlu diselamatkan dalam situasi tegang. Filem yang penuh dengan emosi dan memberi mesej yang jelas pada penonton tentang pengorbanan.

Forgotten (2017)

Mengisahkan keluarga yang sangat akrab dan bahagia. Kejadian pelik mula berlaku apabila abang beliau mula diculik dan digembalikan selepas beberapa hari dengan tingkah laku yang misteri membuatkan timbulnya pelbagai persoalan dalam filem ini.

Filem yang padat dengan tanda tanya, plot twist, emosi dan persoalan yang akan dirungkai pada pengakhiran filem ini. Filem yang wajib ditonton jika anda peminat genre thriller dan filem yang penuh dengan tanda tanya.

Antara filem (bonus) lain yang wajib ditonton :

  • Parasite
  • Train To Busan
  • Rampant
  • Nameless Gangster
  • Miracle in Cell no.7
  • Mother
  • The Chaser
  • Old Boy
  • The Host
  • Silenced
  • Memories of Murder
  • Ashfall
  • The Tunnel

Di mana boleh ditonton?

Anda boleh tonton dan cari ke semua filem ini dalam video penstriman seperti iFlix (Sekarang percuma iFlix VIP selama sebulan), Astro On The GO (Jika anda ada melanggan), Netflix, tvN dan platform video penstriman yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN