Close

Acara Apple WWDC 2020 yang akan berlangsung pada bulan Jun ini mungkin akan dibatalkan

Setiap tahun Apple mengadakan acara WWDC (Worldwide Developer Conference) pada setiap bulan Jun untuk memperkenalkan perisian terbaharu seperti iOS, macOS, watchOS, tvOS dan iPadOS pada umum.

Namun nampaknya tahun ini kita mungkin tidak akan melihat acara WWDC 2020 berlangsung kerana wabak coronavirus COVID-19 yang sedang menular pada waktu ini.

Pihak Jabatan Kesihatan Santa Clara Country juga telah memberi amaran kepada mana-mana syarikat agar tidak membuat sebarang acara dalam skala yang besar. Sama ada ia akan tetap diadakan dalam skala kecil atau akan dibatalkan.

Sebelum ini juga acara peranti pintar terbesar dunia MWC 2020 juga turut dibatalkan atas fakotr kesihatan dan keselamatan. Malah, baru-baru ini juga Google telah mengumumkan bahawa acara terbesar mereka Google I/O akan dibatalkan untuk tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN