Close

Ada yang dah tunggu sehari awal dari jam 8.30 pagi untuk membeli Samsung Galaxy S20

Samsung hari ini telah mengadakan penjualan siri Samsung Galaxy S20 dengan tawaran percuma TV Pintar 4K bernilai RM2,599, Wireless Charge Pad dan Memori Kad Samsung 128GB untuk 220 pembeli terawal di Mid Valley.

Pelanggan pertama

Dalam tawaran ini, pembeli tidak terlepas berpengalaman menunggu sehari awal di Mid Valley untuk menjadi pembeli terawal. Pelanggan pertama, Colin sudahpun menunggu sejak 8.30 pagi sehari sebelumnya. Kedua, Aizad sejak 8.00 malam dan Palani, pelanggan ketiga sejak jam 8.30 malam.

Kemeriahan ini ditambah lagi dengan pelanggan yang mengikut peraturan dan menghormati satu sama lain tanpa memotong barisan. Setakat ini kesemua 220 unit TV Pintar 4K percuma habis di Mid Valley.

Untuk anda yang ingin membeli siri Samsung Galaxy S20 di Mid Valley, anda masih boleh mendapatkan percuma Memori Kad 128GB dan Wireless Charge Pad percuma. Malah pemotongan harga RM400 untuk trade-in kamera lama anda untuk pembeli siri Galaxy S20 juga tersedia.

ARTIKEL BERKAITAN