Close

Apple akan memperkenalkan iOS 14 pada acara WWDC 2020 ‘secara dalam talian sepenuhnya’

Disebabkan wabak COVID-19 yang sedang di tahap yang membimbangkan, banyak acara teknologi terbesar tahun ini dibatalkan, malah pelbagai perkara seperti tontonan wayang ditunda dan acara lain-lain juga turut ditunda dan dibatalkan di negara-negara yang berisiko.

Apple baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan mengadakan acara WWDC (Worldwide Developer Conference) 2020 yang akan memperkenalkan iOS 14, macOS, tvOS, watchOS terbaru akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian (online) sahaja.

WWDC 2020 juga telah dijadualkan akan berlangsung sekitar bulan Jun tahun ini. Beberapa bulan sahaja dari sekarang. Perkara ini telah dikongsikan oleh Apple sendiri dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN