Close

Apple akan perkenalkan iPhone 9 Plus dengan saiz lebih besar, berkuasa dan mesra dompet

Sebelum ini 9to5mac telah mendedahkan ketirisan ikon fon telinga yang mungkin akan diperkenalkan oleh Apple kelak melalui kod iOS 14. Malah, sebelum ini juga kita banyak dengar ura-ura mengenai iPhone 9 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Kini menerusi laporan, 9to5mac sekali lagi telah mendedahkan bahawa Apple sedang mengusahakan iPhone 9 versi yang lebih besar yang dinamakan sebagai ‘iPhone 9 Plus’, yang dikatakan adalah pengganti untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

iPhone 9 dan iPhone 9 Plus, kedua-duanya dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari Touch ID, menggunakan skrin LCD, dan menggunakan cip pemproses A13 Bionic.

Jika mengikut laporan, ia sepatutnya akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Namun disebabkan oleh isu COVID-19, ia mungkin akan dibatalkan atau ditunda. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

Setakat ini Apple telah mengesahkan bahawa acara WWDC 2020 akan diadakan secara dalam talian (online). Bermakna tiada acara untuk dihadiri oleh media.

ARTIKEL BERKAITAN