Close

Apple mendedahkan iPad Pro baharu – Harga bermula RM3,499

Apple baru-baru dilaporkan secara tidak sengaja telah senaraikan 4 model iPad Pro baharu di laman web rasmi mereka tanpa sebarang pengumuman rasmi pada umum.

Kini, Apple telah mendedahkan rekaan dan spesifikasi rasmi barisan iPad Pro terbaharu mereka yang didatangkan dengan cip pemproses A12Z Bionic, pilihan storan sehingga 1TB, penambahan kamera Ultra-Wide 10MP menjadikannya dwi-kamera dengan rekaan seakan kamera iPhone 11 Pro.

Selain itu, iPad Pro terbaru ini juga turut hadir dengan kualiti audio yang lebih bagus, sensor LiDAR papan kunci yang dilengkapi dengan pad sesentuh dan papan kekunci terbaharu yang boleh terapung. Terdapat 2 pilihan warna iaitu Silver dan Space Gray. Berikut senarai harga iPad Pro rasmi di Malaysia :


iPad Pro 11-inci (WiFi)

  • 128GB – RM3,499
  • 256GB – RM3,949
  • 512GB – RM4,849
  • 1TB – RM5,749
iPad Pro 12.9-inci (WiFi)
  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,849
  • 512GB – RM5,749
  • 1TB – RM6,649
Info lanjut tentang tawaran harga di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN