Bill Gates letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Microsoft dan memfokuskan pada kedermawanan - FUZZ.MY

Saturday, March 14, 2020

Bill Gates letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Microsoft dan memfokuskan pada kedermawanan


Sebut sahaja nama Bill Gates, siapa yang tak kenal? Pakar dalam dunia teknologi yang amat terkenal dan individu yang menaikkan Microsoft suatu ketika dahulu seawaktu awal penubuhan Microsoft. Beliau amat terkenal dengan sikap dermawan dan kebijaksanaannya.

Microsoft telah mengumumkan bahawa Bill Gates telah meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah berkuatkuasa pada Jumaat lalu.

Langkah yang diambil oleh Gates ini adalah disebabkan beliau ingin memfouskan pada pembangunan, kesihatan, pendidikan dan menangani perubahan iklim global.

Gates juga turut menambawah, perletakan jawatan beliau tidak bermakna beliau melangkah keluar dari syarikat terus. Malah Gates beranggapan Microsoft adalah sebahagian perkara penting dalam hidup beliau dan akan terus berkomunikasi dengan Satya Nadella, CEO Microsoft terkini dan pasukannya.

(Sumber)