China mendakwa 'tentera Amerika Syarikat' membawa virus COVID-19 ke Wuhan - FUZZ.MY

Saturday, March 14, 2020

China mendakwa 'tentera Amerika Syarikat' membawa virus COVID-19 ke Wuhan


Jurucakap Kementerian Luar Negeri China pada khamis lalu mendakwa bahawa mungkin tentera Amerika Syarikat yang telah membawa virus koronavirus COVID-19 ke Wuhan, China sehingga ia menular.

Kerajaan China telah mendapat pelbagai dakwaan dari AS yang menuduh negara itu lambat bertindak terhadap virus yang membawa maut itu yang bermula dari bandar Wuhan pada penghujung tahun lalu.

Dalam satu kenyataan pihak Kementerian Luar Negeri China, Zhao Lijian telah menegaskan beberapa persoaalan kepada AS tentang laporan yang tidak telus terhadap wabak COVID-19.


"Mana pesakit pertama yang mula dijangkiti di AS? Berapa ramai orang yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospital? Mungkin tentera AS yang membawa virus tersebut ke Wuhan."

"Mohon telus! Pastikan data anda diumumkan! "AS, kamu berhutang penjelasan kepada kami!”

Walaubagaimanpun, tiada sebarang bukti yang mendakwa tentera AS membawa virus itu ke Wuhan, China setakat ini. Malah, jurucakap China yang lain  juga turut menyifatkan 'AS tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab' kerana menyalahkan China yang lambat bertindak.

(Sumber 1, 2)