Close

Fon telinga pertama Apple diperlihatkan

Pada 2 tahun lalu, penganalisis Apple terkenal, Ming Chi-Kuo telah menyatakan bahawa Apple bakal perkenalkan fon telinga yang mempunyai fungsi seakan AirPods Kini, ikon fon telinga yang mungkin akan diperkenalkan oleh Apple telah dijumpai melalui kod iOS 14 oleh 9to5mac.

Berdasarkan ikon tersebut, Apple mungkin akan perkenalkan fon telinga pertama mereka dengan 2 pilihan warna, iaitu hitam dan putih.

Jika melihat sejarah, Apple memang berpengalaman dalam pengeluaran fon telinga premium dengan jenama ‘beats’ yang telah dibeli pada 2014 lalu.

Tak hairan jika Apple turut keluarkannya menggunakan jenama Apple pula kali ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN