Close

Google membatalkan acara terbesar I/O 2020

Acara khas Google I/O adalah acara terbesar yang diadakan oleh Google untuk memperkenalkan versi Android baru dan juga beberapa peranti baru. Setiap tahun, Google mengadakannya pada bulan Mei.

Namun menerusi laporan, Google membatalkan I/O 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 12 hingga 14 Mei oleh kerana wabak coronavirus (COVID-19) yang sedang ditahap yang membimbangkan dan atas nasihat dari pakar kesihatan.

Pihak Google juga turut akan memberi bayaran balik pada peserta pada 13 Mac ini dan pembelian tiket untuk I/O 2020 juga boleh digunakan pada acara khas I/O 2021 nanti.

ARTIKEL BERKAITAN