Close

Google menasihatkan agar pekerja mereka ‘bekerja dari rumah’

Google, syarikat teknologi terkenal yang berpangkalan di AS telah mengeluarkan satu memo menasihatkan semua pekerja Google di Amerika Utara untuk bekerja dari rumah sahaja, sekurang-kurangnya sehingga 10 April ini.
Selain Google, terdapat syarikat teknologi lain seperti Apple, Facebook, Microsoft dan pelbagai lagi syarikat yang menasihatkan agar pekerja mereka bekerja dari rumah oleh kerana wabak coronavirus COVID-19 yang sedang menular.
Hatta, pekerja sementara dan penjual Google yang berada di negara lain juga akan diberi cuti sakit bergaji jika mereka harus mengambil cuti akibat COVID-19. 

ARTIKEL BERKAITAN