Close

Huawei Mate Xs 5G ditawarkan dengan harga RM11,111 di Malaysia

Huawei hari ini telah mengumumkan penjualan rasmi peranti dengan skrin boleh lipat kedua mereka iaitu Huawei Mate Xs 5G yang dijana dengan cip pemproses Kirin 990, memori 8GB RAM dan storan 512GB dengan harga RM11,111.

Penjualan di Malaysia bermula pada 20 Mac ini. Menariknya, pembeli Mate Xs berpeluang untuk mendapat kelebihan dan ganjaran ekslusif dari Bonia bernilai sehingga RM150,000.

Tambahan lagi, Huawei juga turut memberi percuma Huawei Freebuds 3 bernilai RM679 dan Envelope Leather Case yang bernilai RM299 untuk setiap pembelian Huawei Mate Xs 5G.

ARTIKEL BERKAITAN